Thursday, 3 March 2011

PENGENALAN

Laman Blog ini direka untuk memenuhi permintaan masyarakat yang perihatin tentang perlunya penyembuhan penyakit menggunakan kaedah semulajadi atau tanpa kimia.

Kesihatan merupakan harta yang paling agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Antara kaedah untuk mendapatkan kesihatan yang optima ialah bersenam,  memakan makanan tambahan seperti vitamin, meminum air yang cukup.

Antara rawatan semulajadi yang dimaksudkan ialah seperti, Terapi Urutan, Terapi Bauan (Auraterapy), Refleksologi, Ubatan Herba, Senaman, Terapy Gelombang, Meditasi, yang terkini ialah dengan Hipnotherapy dan bermacam lagi terapi dan yang pastinya semuanya hendaklah secara semulajadi.

Perhatikan kejadian alam ini, setiap ciptaan Tuhan memang sangat-sangat sempurna, Manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling sempurna dan mulia dari makhluk yang lain. Tubuh mampu melakukan penyembuhan walaupun kita tidak menggunakan ubatan. Tubuh  mempunyai mekanismnya yang tersendiri untuk penyembuhkan penyakit. Sekiranya demam dan didapati terdapat bakteria dalam tubuh, maka sistem pertahanan tubuh seperti sel darah putih akan melakukan kemusnahan kepada bakteria begitu juga apa-apa bendasing akan dikeluarkan oleh tubuh. Pendek kata dalam tubuh kita ini ada Doktor atau Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertahanan dan bermacam-macam lagi.... Apabila kita menggunakan ubatan atau Pil ini bermakna kita telah memasukkan sesuatu yang asing dan untuk jangka masa pendek sememangnya memberi kesan penyembuhan......tetapi organ yang mengeluarkan antibiotik semulajadi atau Jabatan didalam tubuh semakin berehat kerana kita mengimport jabatan luar, akhirnya organ telah semakin malas atau tidak berfungsi.

Satu pengajaran yang perlu kita fahami bahawa penyakit hari ini semakin kalis atau lebih cerdik. Malahan ubatan hari ini semakin canggih. Kalau dahulu yang kita tahu apabila sakit sahaja kita akan mengggunakan sebiji atau dua biji Panadol, hari ini Panadol pula telah ada bermacam-macam jenis, soluble, active fast, untuk sakit urat, untuk wanita datang bulan dan bermacam lagi. Masyarakat modern semakin terdedah bukan sahaja kepada bahaya penyakit tetapi lebih-lebih lagi kepada ubatan itu sendiri.

Teringat saya tentang jiran saya ni, beliau terjatuh didalam bilik air sahaja, tetapi selang beberapa hari beliau telah pengsan dan dimasukkan kedalam wad ICU tidak sedarkan diri untuk beberapa hari dan akhirnya meninggal. Apabila dibuat postmortem didapati urat-uratnya yang halus telah banyak putus, kesimpulannya semasa hayatnya beliau akan memakan bukan 2 tetapi lebih dari 4 biji panadol apabila sakit kepala atau demam.

Satu lagi cerita adalah saudara saya ni, dia adalah sedikit salah faham dengan isterinya dan berlakulah pertengaran, biasalah si suaminya adalah sikit pening kepala lalu memakan 10 biji panadol sekali gus, terus tidak sedarkan diri dan mendapatkan rawatan di Hospital. Ini adalah kisah Ubatan bahan kimia dan perlulah mengikut  sukatan yang betul. Contohnya sekiranya kita sakit pun Doktor tidak akan memberi antibiotik melainkan kalau terlalu banyak kuman dalam tubuh kerana tubuh akan mengeluarkan antibiotiknya sendiri.

Kembali kepada rawatan semulajadi. Pengalaman saya selama beberapa tahun didalam bidang merawat penyakit modern ini, Saya dapati ianya cukup unik kerana selepas seseorang itu sembuh maka ia sukar untuk mendapatkan kembali penyakitnya. Maksudnya apabila organ telah sembuh maka ianya akan melakukan fungsi yang sepatutnya. Contohnya ada pesakit saya yang mengalami Darah Tinggi, Kencing Manis, Gaut, Buasir, Jantung dan bermacam lagi malahan ramai sangat yang menghidap kanser telah sembuh sepenuhnya walaupun pada mata Doktor perubatan mereka akan hidup untuk beberapa bulan sahaja.

Masalah hari ini masyarakat kurang gemar tentang rawatan ini ialah kerana beberapa faktor diantaranya: Lebih percaya kepada kemajuan Teknologi, Malas untuk menyediakan bahan untuk rawatan, Lambat hasilnya, Lebih gemar membeli ramuan yang sedia ada. Tidak ada masa, Nak dapatkan MC (Cuti Sakit).

No comments:

Post a Comment